Sunday, January 31, 2021

Tokoh-tokoh dalam Pembentukan Malaysia


Hai semua! Hari ini saya akan menceritakan tentang tokoh-tokoh dalam pembentukan Malaysia.


1)TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Beliau telah menyatakan gagasan pembentukan Malaysia. Beliau juga melawat Sarawak dan Borneo Utara untuk menerangkan matlamat pembentukan Malaysia.Beliau juga telah mengetuai Persekutuan Tanah Melayu dalam upacara menandatangani Perjanjian Malaysia di London.







2) TUN ABDUL RAZAK BIN DATO HUSSEIN

Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Antara tugas beliau adalah untuk menerangkan tujuan Pembentukan Malaysia. Beliau juga terlibat dalam membincangkan hak dan kepentingan penduduk di Sarawak dan Borneo Utara.







3) LEE KUAN YEW 

Beliau merupakan pemimpin utama Singapura yang menyokong pembentukan Malaysia untuk menghalang ancaman komunis di Singapura.







4) TUN MUHAMMAD GHAZALI BIN SHAFIE

Beliau ialah pengawai kanan kerajaan yang menjadi anggota dalam Suruhanjaya Cobbold. Sebagai Ketua Setiausaha Tetap Kementerian Luar, beliau telah diberi tugas untuk merealisasikan pembentukan Malaysia.






5) TUN DATU MUSTAPHA BIN DATU HARUN

Beliau mengasaskan United Sabah National Organisation (USNO) telah menyokong pembentukan Malaysia.Beliau juga menjadi ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM). Beliau merupakan Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama.







6) TUN MUHAMMAD FUAD STEPHENS

Beliau merupakan United National Kadazan Organization (UNKO) telah menyokong pembentukan Malaysia. Beliau juga dilantik menjadi Pengerusi JPPM. Setelah pembentukan Malaysia, beliau telah dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang pertama.




7) TAN SRI DATUK AMAR STEPHEN KALONG NINGKAN

Beliau menubuhkan Sarawak National Party (SNAP).Telah menyokong pembentukan Malaysia. Beliau juga merupakan ahli JPPM. Selepas pembentukan Malaysia, beliau telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang pertama.


 

8) TUN TEMENGGONG JUGAH ANAK BARIENG

Beliau merupakan pemimpin Parti Pesaka Anak Sawarak (PESAKA). Antara tanggungjawab beliau adalah bagi mendapatkan sokongan penduduk bumiputera untuk menyokong Sarawak menyertai pembentukan Malaysia. Beliau juga telah dilantik menjadi Menteri Persekutuan dan Menteri Hal Ehwal Sarawak selepas pembentukan Malaysia.






9)TAN SRI DATUK AMAR ONG KEE HUI

Beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan Sarawak United Peoples Party (SUPP). Pada awalnya, parti beliau menolak idea pembentukan Malaysia. Namun, demi kepentingan Sarawak, SUPP menyokong penubuhan pembentukan Malaysia.




 Sekian, semoga berjumpa lagi....

No comments:

Post a Comment